мιαwww >.<
Senah Whiteღ



ϟαyα tι∂αk ρєrηαн вєrнєηtι мєηyαyαηgι αwαk, ϟαyα нαηyα вєrнєηtι мєηuηjukkαηηyα. Hι, I'm Nur Faιzah. Thanks followιng me. Please be nιce here.♥


Akak Tersayang♥


basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Farah Razali
Owner: your name
Others:   


Kembali lagi :)

Assalammualaikum. Tiba-tiba tadi teringat dekat blog. Lamanya aku tinggalkan blog. Lama dah tak berceloteh dekat blog. Lama dah tak kongsi masalah dengan blog. Dan yang paling lama, menaip sambil menangis. Hahaha.
Alhamdulillah, PMR dah habis. Kami mangsa PMR sedang menunggu keputusannya sahaja. Aktiviti lepas PMR ada yang seronok beronok ronok ada yang kurang seronok. Yang paling tak boleh lupa, aktiviti Running Man versi Padang. Sumpah tak boleh lupa. Dah lah kumpulan aku yang main semua perempuan. Lelaki mana? Hahaha, dalam loji kumbahan air sana --' semua tak boleh harap. Ok, even kumpulan aku kalah tapi sumpah rasa seronok. Aku ambil bahagian ikat kaki. Ikat kaki dengan siapa lagi kalau bukan Farhana aku seorang ni. Hahaha, dah lah kalah, semuanya lembab. Orang lain dah menang dah, aku dengan Fana berdiri tengah padang gelak macam orang hilang akal. Then, bila dah ada pemenang, automatic lah kalah kan. Aku dengan Fana pun gerak lah pergi tepi padang, tup tup cikgu Haslinda aka Cikgu yang Annoying gila suruh habis kan jalan sampai penamat. Ya Allah, masa tu rasa macam nak tanam muka dalam tanah je. Sumpah malu. Kena gelak habis habis dengan budak budak lain --'
Ok, dah berhenti cerita pasal Running Man versi Padang tu. Hahaha --'
Well, adat bercinta. Bila wujud orang ketiga, mula lah hubungan jadi macam bumi terbalik. Sebenarnya kita orang dah lama tak ada apa apa hubungan. Cuma rapat je. Memang tak salah kalau dia nak cari lain. Siapa aku untuk menghalangnya. Mula ceritanya macam ni. Masa ada aktiviti luar sekolah pergi main bowling aku tak dapat serta sekali. Keadaan tak mengizinkan. Aku jatuh sakit. Sakit yang amat. Seminggu aku tak datang. Ramai tanya bila nak ke sekolah? Ceh, kau bajet pemes jelah Pejah. Kalau aku dapat serta bowling mesti best kan? Satu kumpulan dengan Ajim, Pana dan dan dan Najmi. Hmmm, masa main bowling tu lah, ada sorang perempuan telah jatuh dekat hati dia. Perempuan tuh pun em em em. Malas nak cerita. Hati sakit habis beb :'( The Sakai ramai cakap perempuan tuh cuba rapat dengan Najmi masa aku sakit seminggu tu. Mula mula memang aku tak percaya. Sampai satu hari tuh, masa ada permainanRunning Man versi Padang ni lahhh aku nampak dia orang rapat. Amboi, main mian mata nampak. Aku apa lagi, panas ahh. Masa tuh jugaklah air mata nih nak jatuh. Ish,, cover pejah cover. Yes, aku tahu kau orang satu kumpulan. Tapi jagalah hati aku. Kita baru je break. Aku pulak masa tuh tanpa pikir panjang, pergi dekat perempuan tuh terus cakap "Eh, jangan rapat sangat dengan Najmi taw, cemburu" Then dia angguk jelah. Balik rumah, petang tuh Najmi pun text lah aku. Teeeeet, tak sangka pulak perempuan tuh pandai mengadu. Amboi, awak mengadu dekat siapa tuh hah? Takde orang lain ke? Ke awak meraih simpati? Haa, hambek kau. Berbalik pada Najmi. Kan aku dah kena marah. Tulah ikut kan perasaan sangat. Yang hang dok pi maqah dia tuh pasai pa pejah oii? Haha, Najmi marah aku, aku marah dia balik. Kenapa awak nak dengar masalah dia? Kenapa mesti awak pujuk dia? Hah, macam macam kenapa yang keluar. Hambek kau, kena setepek! Dah blah blah blah semua tuh. Akhirnya dua dua mengalah. Aku pun dengan rasa bersalah, memang nak pergi mintak maaf dekat perempuan tuh. Tapi The Sakai halang. Hebat ah The Sakai. "Jangan jadi bodoh" Hah, kan dah kena bodoh tak pasal pasal. Dah settle semua tuh, ingat perempuan tuh tak meraihh simpati lah dekat Najmi. Rupa-rupanya dah dapat nombor telefon Najmi. Ok takpe lah lagi. Ni tak, siap text cakap nak jumpa lah bagai lah. Yang Najmi pun, pegi lah jumpa Si perempuan nih, sempat luah isi hati beb. Cayalahhhh! Dia syok kat Najmi. Dia mula syok kat Najmi masa dia orang satu kumpulan. Yang Najmi nih pun jujur gila, straight cakap aku tak boleh, aku sayang Faizah. Uuuuu, cairrrrrrr sehhhhh*melting* Masa dia orang jumpa tu, Amboi, sumpah dah terbakar dah hati ni. Straight cakap dengan Najmi "Nak dia? Pergilah. Tapi tinggalkan saya" Phew, apak cedihhh~ Hahaha, tapi dia taknak pun kat perempuan tuh. Aku je yang emo lebih, tak tahu kenapa! Tapi, dia sayang aku sebenarnya. Siapa je yang sanggup kongsi kasih sayang? Siapa siapa? Tapi, memang aku ANTI perempuan tuh sangat sangat. Bila nampak dia je, mesti caka dengan dia orang "Eh, musuh musuh" Hahaha. Well, sejak dari tu perempuan tuh terus tak cari Najmi lagi. Fuhh lega~

Tulat lepas bersamaan hari jumaat 15 haribulan 11 tamat lah persekolahan bagi sesi 2013. Sumpah macam sekajap je, macam sekejap je rasa sekolah tahun nih. Tup tup dah PMR, tunggu keputusan keluar je nih. Well, siapa jee budak kelas tingkatan 3 yang paling sporting? Mestilah budak 3RK2. Hahaha, gelak sama sama. Lepak sama sama dengan budak laki. Hahaha, main bola takraw sampai lampu pecah. Kopakkan grill pintu kelas. Sakitkan hati cikgu. Masuk kelas math lambat. Siapa lagi kalau bukan 3RK2. 2 tahun berturut turut nama kelas 2RK2 dan 3RK2 heboh dekat bilik guru. Haha, watlek watpeace je sudah. Kita orang memang sporting habis.

The Sakai. Team perempuan tingkatan 3 yang paling sporting habis. Tak payah cakap, kalau lalu sesape je, ayat yang akan keluar "Bro, Mane?" Hahahahaha. Suara yang palingkuat team kita orang lah. Dah 3 tahun kita kawan. Bila ada je salah sorang bergaduh dalam team kitaorang, mula lah semua senyap. Sepi sunyi. Tak bukak mulut. Tapi kita orang tak tikan belakang beb. Kena buat persidangan baru pergaduhan tu selesai. Kita orang tak gaduh lama lama beb. Nanti rindu, nangis. Ahhhh, sedihnya bila cakap pasal pindah pindah ni. Arynna kemungkinan pindah. Weh, tak payah lah pindah. Nanti takde orang nak cakap 'lagi lagi' masa tangkap gambar :'( banyak kenangan dengan The Sakai. Banyak sangat! Gelak sama-sama. Maki gaduh sama sama. Pergi tandas sama-sama. Belajar sama sam. Ponteng kelas sama sama. Siapa je berani buruk buruk kan team kitaorang? Haha, tak cukup tanah kau balik nanti.

Jannah, suka gelak kuat kuat sampai tak ingat dunia. Suara dia je dah boleh denar dari tangga sebelum masuk kelas.
Farhana, well. Tanpa dia, memang tak lengkap. Bila ada dia, ada je topic nak kena kan orang. Bila dia tak join apa apa event, mesti salah sorang akan cakap "Kalau ada Fana lagi best"
Ain, minah yang selalu main perli perli dengan Fana. Hahaha, tapi kadang kadang dia baik. Tak sedar pendek --'
Dayang, huhhhhhh. Minah yang selalu dia bajed dia paling ayu je dalam team kita orang. Hahahaha, lawak lawak.
Syakirah aka Shakey London aka Kiah. Minah selalu bajed kampung dekat Paris. Ahh, nyampahhh --'
Najieha aka Jiya aka Jijie, budak lambat matang. Dah lah kurus, suka gelakkan orang --' anak  Dato' Doktor. Tapi tak berlagak maa :) Selalu belanja kita orang lolipop.
Syafiqah, minah yang ada je plan dia nak pergi ni lah tu lah. Asal free je "Weh jom sini blablabla" "Weh jom sabtu nih blablabla"
Arynna, phew minah paling baik. Tapi bila dia ajak bergambar. Lagi lagi lagi. Hahahahah.
Farah aka gigi. Minah yang selalu kena buli dengan kita orang. Suka kenakan dia dengan Pahmie. Hahahaha.
Hidayah. Minah kurus '--' macam Jiya! Tapi tinggi. Yang bila ada event je "aku on je:" hahaha
Anis, Ayuna, Azatul, Najihah Aspuri, Anis Adriana pengikut setia kita orang xD
Cakap orang. Aku aku? Haha, boleh dikira taiko dalam team tuh. Konon kepala lah. Hahaha.

Buat jamuan kelas dekat Pantai pengkalan Balak. Best. Barbeque :D pergi pagi balik petang. muka semua macam tenok jee petang sebab penat --'

Gambar masa barbeque :- Sumpah seronok ^^ tapi gambar budak laki takde.


 Kanan: Jiya, me and Fana. Sebelah Fana sepupu aku.
 Kanan: Najihah, Syaqirah(sepupu), Fana and me
 Kanan: Me, Jiya, Dayang and Fana.
 Yang nih cantik. Arynna tangkap :)


Gambar last day bersama The Sakai. Sumpah gempak :)






















Asyik gambar dengan The Sakai je, gambar dengan Najmi ku sayang pun ada ^^



 Candid xD

 Kiri: Candid
Kanan: Senyum ikhlas.
Thanks Kak Jea sebab tangkap kan. Hahaha aku pendek :(((
Have a great day with him. Dear god, protect him heart him eyes him soul for always be mine :* Iloveyou sayang :)
 Bersama salah sorang kakak kembar si Najmi, Kak Fariniey. Terasa diri ku ini pendek amat. Bersama Kakak Fariniey akak Si Najmi and Najmi.
Bersama Kak Fariniey. Ada lagi sorang kembar dia, Farina. Hihi, Akak pipi kembung :) First time tangkap gambar dengan salah sorang bakal kakak ipar yang kembar. Insyallah, amin.

Happy ending for last day with The Sakai and My soulheart Najmi. Jumpa masa ambil result PMR nanti ye? Will miss you all :'( take care guys! Assalammualaikum :D




Thanks for Reading!